Pengenalan
Puan Murni merupakan bekas pengusaha kantin sekolah di Bandar Gua Musang yang kini menumpukan sepenuhnya perhatian kepada perniagaan kosmetik jenama NOIR. Bermula sebagai pengguna sejak 2018 sebelum yakin untuk menjadi ejen sah, beliau menyedari bahawa kemahiran digital memainkan peranan besar dalam pengembangan perniagaan masa kini. Sehubungan itu, beliau mendapatkan bimbingan di NADI Taman Kesedar Jaya dalam aspek Asas ICT, Pemasaran Online, Pengurusan Perniagaan dan penyediaan bahan promosi. Melalui sokongan tersebut, Puan Murni turut dibantu dalam mewujudkan akaun perniagaan di media sosial serta mempelajari strategi penggunaan FB Ads bagi meluaskan capaian pelanggan dan meningkatkan jualan.
Nama: Murni Binti Mohd Zain
Umur: 46 Tahun
Produk : Kecantikan & Kesihatan (NOIR)
Alamat: PT 9085 Taman Kesedar Jaya, Gua Musang
No. Tel / Emel : 013-9330235 / murnimohdzain@gmail.com
Tahun Mula Berniaga : 2018
Tarikh Daftar Ahli NADI : 11 Ogos 2018
Produk

Sebelum bimbingan NADI/ICT:
Pendapatan bulanan sekitar RM1,000 hasil jualan produk beliau.



Selepas bimbingan NADI/ICT:
Pendapatan bulanan meningkat sehingga RM4,000, dan beliau diiktiraf sebagai Top Agent NOIR.
Program NADI Yang Disertai
1 – TikTok Advance Class Bersama MARA
2 – Program NADIxKeusahawanan Cohort 4

3 – Program Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan

Platform Perniagaan
