Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya merupakan sebuah projek yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya tergolong dalam kelompok Fasa 5 (CBL ENHANCEMENT) yang terdiri daripada 52 pusat di mana ia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
Projek untuk menubuhkan Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya ini telah dilakukan sekitar tahun 2013 lagi. Manakala dari segi pemilihan lokasi pula, kata sepakat melalui hasil perbincangan dengan pemimpin tempatan beserta kaji selidik yang dilakukan telah bersetuju untuk menjadikan taman perumahan Kesedar Jaya sebagai lokasi untuk penubuhan Pusat Internet 1Malaysia. Setelah mengenalpasti lokasi, kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan dan akhirnya siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2014. Setelah menjalani sesi penilaian oleh pihak SKMM dan TM, Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya beroperasi secara rasmi pada 07 Oktober 2014. Dua orang petugas yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dilantik bagi menguruskan operasi harian di Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya.
Antara program yang telah dijalankan adalah Hari Terbuka Bersama Komuniti, Karnival Jalur Lebar, Latihan 1Malaysia, Persijilan INTEL, Program Klik Dengan Bijak (KDB) serta Kempen Pengguna Bijak & Keusahawanan (KPBU).
Gambar 1: Gambar luar dan dalam Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya