mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 – KEUSAHAWANAN 1 : PN ANITA BT OTHMAN

USAHAWAN NASI KERABU & LAIN-LAIN

 

Nama

: Anita Bt Othman

Umur

: 42 Tahun

Ahli

: Nov 2018

Latar belakang

Pn Anita merupakan bekas kakitangan KESEDAR PERKILANGAN dan hanya membantu suami beliau menjalankan perniagaan jualan “NASI KERABU BELAGO ANGIN” pada waktu petang dan malam selepas habis waktu bekerja. Melihat perniagaan yang diusahakan oleh suami beliau semakin maju dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan komuniti taman kesedarjaya, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi perhatian pada perniagaan jualan nasi kerabu tersebut. Kini perniagaan beliau semakin berkembang maju dangan penambahan pelbagai menu untuk makan mlm dan petang seperti nasi lemak, nasi ayam serta makanan berkuah (mee celup dsbg)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM 1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman KesedarJaya, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan nasi kerabu serta makanan-makanan yang lain dengan lebih meluas.

___________________________________________________________________________________