SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN KESEDAR JAYA
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
|
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
|
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan |
|
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. |
|
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. |
|
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. |
|
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. |
|
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
NADI Taman Kesedar Jaya menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna dan komuniti sekitar yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
|
– Pengenalan asas komputer |
|
– Asas internet |
|
– Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang) |
|
– Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan) |
|
– Latihan keusahawanan |
|
JUMLAH KEAHLIAN : |
NADI Taman Kesedar Jaya telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Oktober Tahun 2014. Ramai yang telah mendaftarkan diri dengan NADI Taman Kesedar Jaya bagi mendapatkan perkhidmatan yang kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :
|
AHLI LAMA |
1244 ORANG |
|
AHLI BARU UNTUK JULAI 2023 |
7 ORANG |
|
KESELURUHAN PADA OKTOBER 2014 – JULAI 2023 |
1251 ORANG |
|
KENALI PETUGAS NADI : |
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
PENGURUS
Nama : En Muhammad Amirudin Bin Mohamad Yajid
Mula berkhidmat : Januari 2018
PENOLONG PENGURUS

Nama : Cik Nur Azimah Binti Az’ri
Mula berkhidmat : Oktober 2021
|
HUBUNGI KAMI : |
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkhidmatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta hebahan berkaitan aktiviti semasa boleh terus hubungi kami di medium yang disediakan dibawah. Cadangan dan maklum balas juga amat kami alu-alukan.
AMIRUDIN YAJID (Pengurus) : 014 512 3523
NUR AZIMAH (Penolong Pengurus) : 013 956 7856
Website : http://kesedarjaya.pjk.com.my
Email : m.amirudin@pedi.my / nurazimah@pedi.my
Facebook Page : Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Taman Kesedar Jaya
Tiktok : @nadikesedarjaya
Instagram : @nadi.tmn.kesedar.jaya
