mcmc
Maklumat Pi1M

Pengenalan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

 

 PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN KESEDAR JAYA 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) dan MSD Digital Intelligence. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan capaian internet kepada komuniti, memberi pendedahan kepada komuniti terhadap ICT, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial komuniti setempat serta merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

Objektif penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Selain itu juga, Pusat Sebaran Maklumat Nasional menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Pusat Sebaran Maklumat Nasional juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

PERKHIDMATAN DAN WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL 

TAMAN KESEDAR JAYA

                   PERKHIDMATAN                              WAKTU OPERASI
  • Penggunaan Komputer / Internet
  • Mencetak (Printing)
  • Mengimbas (Scanning)
  • Fotostat
  • Penjilidan (Binding)
  • Laminasi (Laminate)
  • Kelas Latihan ICT
  • Upah Menaip

 

 Dibuka setiap hari kecuali hari CUTI UMUM

 9.00 pagi – 6.00 petang

 REHAT

 1.00 T/hari – 2.00 petang (Sabtu – Khamis)

  12.30 T/hari – 2.30 petang (Jumaat)