mcmc
Keusahawanan

SUDUT KEUSAHAWANAN

PROFIL USAHAWAN PUSAT EKONOMI DIGITAL

 

USAHAWAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KALI INI :

 

NAMANor Afida Edyati Bt Ramly

PERNIAGAANKonsultan dan Jurucakap Produk Kecantikan MaryKay

NO TE017-9016906

 

Bentuk Perniagaan :

Puan Afida merupakan salah seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Taman Kesedar Jaya yang menjalankan perniagaan berasaskan kosmetik. Beliau menjalankan perniagaan bersama jenama MaryKay yang mana pada asalnya hanya menjadi dropship kepada jenama berkenaan. Sekarang beliau adalah salah seorang “Beauty Consultant” yang dikenali bagi MaryKay di Daerah Gua Musang.

Latar Belakang :

Puan Afida atau dikenali sebagai Kak Da dalam kalangan rakan niaga, merupakan salah seorang pengguna tegar bagi produk kecantikan MaryKay bermula pada 2015 semasa masih bekerja. Selepas meyakini rangkaian produk tersebut yang mampu membantu beliau dan ramai wanita lain dalam aspek kecantikan. 2 tahun berikutnya dengan kepesatan perniagaan atas talian, beliau seterusnya, bertindak mendaftar diri sebagai dropship dibawah seorang agen yang terus membimbing beliau. Beliau mula menjana pendapatan daripada situ dan terus melangkah dengan MaryKay. Beliau terus mengumpul modal bagi mendaftarkan diri sebagai agen pula.dan terus istiqamah dengannya. Bermula tahun 2018, Kak Da telah mendaftar sebagai ahli PEDi, dan dari situ beliau terus belajar bersama PEDi berkaitan perniagaan terutamanya online platform. Dengan ilmu yang beliau dapat kini, Puan Afida terus melonjak sebagai Stokis atau “Beauty Consultant” yang bertauliah bersama MaryKay.

GAMBAR 1 : Pn Afida menjadi antara usahawan yang selalu bersama PEDi dalam mengedalikan kelas keusahawanan.

 

GAMBAR 2 : Media Sosial menjadi platform utama Pn Afida dalam menjalankan siri pemasaran beliau.

 

GAMBAR 3 : Penglibatan Pn Afida dan pasukan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi.

 

================================================================