mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025

NADIxKEUSAHAWANAN Cohort 3 – WEBINAR 1: Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan

TARIKH: 16 MEI 2025
MASA: 10.00 am – 11.00 am
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 2 orang
KELAS: NADI Keusahawanan

Tujuan

Tujuan webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta tentang kepentingan pengurusan kewangan yang teratur dan perancangan perniagaan yang strategik dalam memulakan dan mengembangkan sesebuah perniagaan. Webinar ini juga bertujuan membantu peserta memahami bagaimana untuk merancang aliran tunai, menyusun bajet, dan mengenal pasti keperluan asas dalam membina pelan perniagaan yang mampan serta praktikal.

Aktiviti

Dalam webinar ini, aktiviti yang dijalankan secara ringkas dan interaktif termasuk kuiz berkaitan asas pengurusan kewangan, aktiviti bajet mini berdasarkan senario perniagaan mudah, serta sesi soal jawab di ruang sembang untuk berkongsi cabaran atau pertanyaan. Webinar diakhiri dengan aktiviti refleksi di mana peserta menulis satu ilmu yang diperoleh dan tindakan yang ingin diambil selepas sesi.

Gambar Aktiviti Disini