Bazar Raya NADI 2026
| TARIKH | : 14 MAC 2026 |
| MASA | : 8.00 am – 3.00 pm |
| LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
| PESERTA | : < 20 orang |
| KELAS | : Special Programme |
Tujuan
Menyokong usahawan tempatan menjana pendapatan, di samping memeriahkan suasana Ramadan serta mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti jualan dan kunjungan orang ramai.
Aktiviti
- Jualan Produk Usahawan
Memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual pelbagai produk seperti makanan, minuman dan barangan keperluan sempena Ramadan. - Webinar NADIPRENEUR & EMPOWERHER – “Jenama Kuat, Pelanggan Melekat”
Perkongsian ilmu berkaitan strategi membina jenama yang kukuh serta teknik menarik dan mengekalkan pelanggan dalam perniagaan. - Webinar Kidsventure – “Berniaga dan Berjaya”
Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas keusahawanan, termasuk idea perniagaan dan nilai kreativiti dalam menjana pendapatan. - Kaunter Bayaran Zakat Fitrah
Menyediakan kemudahan kepada komuniti untuk menunaikan kewajipan zakat fitrah dengan lebih mudah dan teratur. - Saringan Kesihatan Percuma
Memberikan pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah dan tahap gula bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan. - Kuiz Ramadan & Raya Kanak-kanak
Aktiviti interaktif yang menguji pengetahuan kanak-kanak berkaitan Ramadan dan Syawal, di samping menceriakan suasana dengan hadiah menarik.
