Webinar Cybersecurity – Bahaya Serangan Malware
| TARIKH | : 5 MAC 2026 |
| MASA | : 2.00 pm – 3.30 pm |
| LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
| PESERTA | : 2 orang |
| KELAS | : NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat – Cybersecurity |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman malware, jenis-jenis serangan siber, serta langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi data dan peranti daripada risiko keselamatan digital.
Aktiviti
Pendedahan mengenai jenis-jenis malware serta cara ia berfungsi, diikuti dengan perkongsian tentang tanda-tanda peranti yang telah dijangkiti. Peserta juga akan didedahkan kepada langkah pencegahan dan amalan keselamatan siber yang berkesan, serta panduan tindakan segera yang perlu diambil sekiranya berlaku serangan malware.
