PROGRAM PENGENALAN KOMUNITI MADANI X NADI
TARIKH | : 4 MAC 2025 |
MASA | : 10.00 am – 12.00 pm |
LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA | : 10 orang |
KELAS | : Government Initiative – Komuniti Madani |
Tujuan
Program pengenalan bagi inisiatif program Komuniti Madani X NADI bersama dengan JAPEN Gua Musang dan Komuniti Madani Kuala Betis.
Aktiviti
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti pendaftaran ahli NADI, mesyuarat dalam talian bersama JAPEN, serta perbincangan mengenai aktiviti akan datang. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan bagi komuniti, penyampaian saguhati sebagai tanda penghargaan, dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh peranan komuniti dalam pembangunan masyarakat.