mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025

Kelas Kesedaran E-Sukan: Sains Sukan dalam e-Sukan Ep2

TARIKH: 14 JUN 2025
MASA: 10.00 am – 11.00 am
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 6 orang
KELAS: NADI Pembelajaran Sepanjang hayat

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar dan belia tentang kepentingan aspek sains sukan seperti kecergasan fizikal, kesihatan mental, pemakanan, dan rehat yang seimbang dalam meningkatkan prestasi dan kesejahteraan pemain e-sukan secara menyeluruh.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai perkembangan industri e-sukan dan kepentingan menjaga keseimbangan antara permainan dan kesihatan. Seterusnya, peserta akan mengikuti pembentangan oleh pakar sains sukan yang menerangkan peranan kecergasan fizikal, kesihatan mental, pemakanan seimbang, dan teknik pengurusan stres dalam prestasi atlet e-sukan. Sesi soal jawab turut disediakan bagi memberi ruang kepada peserta untuk bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut. Kelas diakhiri dengan rumusan dan galakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kerjaya e-sukan.

Gambar Aktiviti Disini