Mahir Jahit SLS: Buat Beg Sendiri? Jom Belajar Jahit Tote Bag!
TARIKH | : 7 JULAI 2025 |
MASA | : 2.30 pm – 4.00 pm |
LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA | : 4 orang |
KELAS | : NADI Pembelajaran Sepanjang hayat |
Tujuan
Memberi pendedahan asas kemahiran menjahit kepada peserta dengan mengajar cara menghasilkan tote bag secara praktikal dan mudah. Program ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta membuka peluang kepada peserta menjana pendapatan melalui kemahiran jahitan.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan kepada asas jahitan tote bag, termasuk pemilihan kain, penyediaan pola, teknik memotong kain, dan langkah-langkah menjahit. Sesi dijalankan secara langsung dengan demonstrasi oleh tenaga pengajar, diikuti latihan praktikal oleh peserta untuk menghasilkan tote bag mereka sendiri. Peserta juga berpeluang bertanya soalan dan menerima tunjuk ajar secara terus sepanjang sesi.