mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025

Open Live Class DiLea Julai 2025 – Kelas 15: Sejarah

TARIKH: 4 JULAI 2025
MASA: 3.30 pm – 4.30 pm
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 2 orang
KELAS: NADI Pembelajaran Sepanjang hayat

Tujuan

Memberikan peluang pembelajaran tambahan kepada pelajar dalam suasana yang terbuka dan mudah diakses. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar memperkukuh pemahaman terhadap subjek penting, meningkatkan prestasi akademik, serta membina keyakinan melalui sesi interaktif bersama guru berpengalaman tanpa sebarang kos.

Aktiviti

  1. Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.
  2. Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat.
  3. Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.

Gambar Aktiviti Disini