mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2026

Webinar KIS Siri 14/2026: Elak Buli Siber: Tanggungjawab Digital, Mulakan Dari Kita

TARIKH: 7 FEBRUARI 2026
MASA: 3.00 pm – 4.00 pm
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 6 orang
KELAS: NADI Kesedaran

Tujuan

Meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli siber serta memupuk sikap tanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan platform digital. Ia memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesan buli siber terhadap emosi dan keselamatan individu, di samping menggalakkan amalan komunikasi berhemah dan budaya digital yang positif bermula daripada diri sendiri.

Aktiviti

Perkongsian penerangan mengenai maksud dan bentuk-bentuk buli siber, pembentangan kes contoh situasi sebenar, perbincangan interaktif tentang kesan buli siber terhadap mangsa, panduan langkah melaporkan dan menangani buli siber di platform digital, kuiz kesedaran keselamatan siber, serta sesi soal jawab bagi menggalakkan peserta berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan tanggungjawab digital.

Gambar Aktiviti Disini