mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025

Program Cuti Sekolah @ NADI

TARIKH: 22 – 30 DISEMBER 2025
MASA: 9.00 am – 5.00 pm
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 60 orang
KELAS: Cuti Sekolah

Tujuan

Memberi peluang kepada kanak-kanak dan pelajar untuk mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti kreatif, interaktif, dan berfaedah yang dapat meningkatkan kemahiran digital, kreativiti, serta pemahaman asas teknologi secara menyeronokkan dan selamat.

Aktiviti

1. AWARENESS

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet yang selamat dan beretika, menggalakkan amalan digital sihat, serta mengisi masa cuti dengan aktiviti interaktif yang meningkatkan literasi digital.

Pelaksanaan Aktiviti

  1. KIS & KITA – Permainan yang akan mengasah ketajaman minda anak-anak melalui game teka silang kata. Sebanyak 10 perkataan yang perlu dipilih dan semuanya berkaitan istilah dan perkataan Kempen Internet Selamat. Seramai 5 orang telah menyertai aktiviti ini.
  2. KIS WAR – Permainan interaktif melalui platform seperti Kahoot & Quizizz. Terdapat 20 soalan perlu dijawab. Seramai 3 orang telah menyertai aktiviti ini.
  3. JOM MEWARNA TINDAKAN BIJAK – Pilih tindakan yang betul berdasarkan gambar yang diberi. Seramai 10 orang telah menyertai aktiviti ini.
  4. DETEKTIF SIBER – Peserta akan diberikan situasi yang salah di dalam gambar dan perlu memilih jawapan yang tepat. Seramai 5 orang telah menyertai aktiviti ini.

2. CYBERSECURITY

Meningkatkan kesedaran keselamatan siber, mendidik pengguna tentang ancaman siber harian, serta memperkasa tindakan pencegahan dan pelaporan melalui pembelajaran berterusan.

Pelaksanaan Aktiviti

Tontonan Video Kesedaran & Pembelajaran Tentang Cybersecurity.

  • Fahami Risiko Apk Pada Telefon Anda
  • Username Boleh Dedah Segala
  • Bahaya Trend Scam Resit Palsu
  • Phishing Link Perbezaan Antara Link Palsu Dan Asli!
  • Semak Kecurian Data Peribadi! 
  • Bahaya Beri Email Peribadi,Mengapa?

Seramai 8 orang telah menyertai aktiviti ini.

3. DILEA

  1. Bersama Mr Algebra: Kelas dan Fun LMS Quiz – Menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk mengurangkan “Math Anxiety” sambil membantu pelajar memahami konsep algebra secara lebih visual, interaktif, dan mudah.
  2. Fun Lab Sains: Kelas dan Fun LMS Quiz – Meningkatkan minat pelajar terhadap Sains melalui aktiviti hands-on dan eksperimen sambil memberikan kefahaman konsep Kemahiran Proses Sains (KPS) secara praktikal, mudah diingati, dan menggalakkan penggunaan kemahiran pemerhatian, pengukuran, perbandingan, serta analisis.
  3. Webinar Motivasi Pelajar: Hala Tuju Selepas SPM – Membantu pelajar memahami pilihan hala tuju selepas SPM secara teratur dan praktikal dengan memberi pendedahan mengenai laluan akademik, TVET, kemahiran, dan kerjaya masa depan, membina keyakinan membuat keputusan berdasarkan minat, personaliti dan peluang semasa, serta memberikan gambaran jelas tentang dunia pekerjaan, permintaan industri, dan persediaan awal.

Seramai 10 orang telah menyertai aktiviti ini.

4. KIDVENTURE

Membantu murid menjana pendapatan semasa cuti sekolah melalui idea bisnes mudah yang boleh dimulakan dengan apa yang mereka ada.

Webinar BizKid: Cuti Sekolah Bijak & Produktif – Topik merangkumi memulakan bisnes tanpa modal, konsep 3P iaitu Pelanggan, Produk, dan Perancangan, serta pengurusan kewangan secara mudah.

Seramai 4 orang telah menyertai aktiviti ini.

5. E-SUKAN

Mengisi masa cuti dengan aktiviti digital yang bermanfaat, selamat, dan beretika, sambil menggalakkan remaja menyertai e-sukan, menemui bakat baharu, dan mengeratkan hubungan komuniti.

Pertandingan eFOOTBALL MOBILE (U-16)

  • Peserta berusia 16 tahun dan ke bawah
  • Pelajar sekolah rendah & menengah
  • Terbuka kepada semua tahap kemahiran
  • Warganegara Malaysia
  • Maksimum 5 peserta setiap Nadi
  • Menggunakan akaun eFootball Mobile yang sah

6. TINY TECHIES

Menonton Video & Menjawab Kuiz

  1. Modul Sekolah Rendah: Micro:bit & Robotik
  2. Modul Sekolah Menengah: HTML, PYHTON & SQL

Seramai 4 orang telah menyertai aktiviti ini.

7. MAHIR

Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti kreatif dan santai yang memberi pendedahan asas videografi, menggalakkan penghasilan kandungan positif, serta memupuk keyakinan dan kreativiti dalam penggunaan platform digital.

Pelaksanaan Aktiviti

WEBINAR PERTANDINGAN VIDEOGRAPHY: NADI360 – SHOW YOUR SPOT

  • Program dilaksanakan dalam bentuk sesi live webinar interaktif selama 1 jam.
  • Webinar dikendalikan oleh cikgu Mahir Foto.
  • Kandungan sesi merangkumi teknik rakaman video, asas penyuntingan video yang ringkas dan
    menarik, serta penerangan syarat pertandingan.
  • Peserta perlu didaftarkan di Mahir Training System (MTS) untuk mengikuti sesi webinar dan
    pertandingan ini.

Seramai 4 orang telah menyertai aktiviti ini.

Gambar Aktiviti Disini