mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025

Program Penggunaan ICT & Kempen Internet Selamat Bersama TABIKA KEMAS

TARIKH: 4 DISEMBER 2025
MASA: 9.30 am – 12.30 pm
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: 20 orang
KELAS: NADI Kesedaran

Tujuan

Memberi pendedahan awal kepada murid berkaitan penggunaan peranti digital secara beretika dan selamat, di samping memperkenalkan asas literasi digital melalui aktiviti interaktif yang bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Aktiviti

Merangkumi beberapa aktiviti utama iaitu taklimat Kempen Internet Selamat bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang penggunaan peranti digital secara beretika, berhemah dan selamat. Selain itu, murid turut didedahkan dengan latihan asas penggunaan tetikus (mouse) dan papan kekunci (keyboard) melalui aktiviti menjawab kuiz interaktif yang bersesuaian dengan tahap umur mereka. Program ini turut diserikan dengan aktiviti mewarna sebagai pendekatan kreatif untuk menarik minat murid serta diakhiri dengan penyampaian saguhati sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan penglibatan aktif sepanjang program.

Gambar Aktiviti Disini