WEBINAR NADI SAFE & SHIELD – AYUH LINDUNGI DATA PRIVASI KITA
TARIKH | : 24 APRIL 2025 |
MASA | : 3.30 pm – 4.30 pm |
LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
PESERTA | : 4 orang |
KELAS | : NADI Kesedaran |
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi data peribadi, memupuk tanggungjawab digital, serta mendedahkan ancaman siber semasa. Ia juga berkongsi amalan terbaik pengurusan data, memperkenalkan aspek undang-undang berkaitan privasi, dan membina komuniti yang celik data.
Aktiviti
Program ini akan menampilkan penceramah jemputan daripada kalangan pakar keselamatan siber dan profesional berkaitan, yang akan berkongsi pengetahuan tentang kepentingan melindungi data peribadi serta ancaman siber semasa. Antara pengisian menarik termasuk taklimat keselamatan data, perkongsian kes sebenar, sesi soal jawab interaktif bersama peserta, serta kuiz dengan penyertaan e-sijil.