mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2/2024 : CELIK IT II

Nama: Mas Ernyza Binti Abdul Talib
Umur: 20 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Adik Ernyza merupakan salah seorang Ahli berdaftar di NADI pada tahun ini selepas keperluannya untuk belajar berkaitan komputer dan MS Office. Beliau kini sedang dalam proses menyambung pelajaran di peringkat IPT. Erny akan selalu datang ke NADI untuk membuat sebarang tugasan yang perlu disiapkan dan mendapatkan sebarang nasihat yang berkaitan.

Kemahiran dan pelbagai perisian yang ada dalam komputer sudah mampu digunakan dengan baik oleh Ernyza. Beliau juga telah mengikuti pelbagai kelas termasuk kelas asas grafik dan asas Microsoft Office. Selain itu menggunakan NADI mempelajari pelbagai kemahiran insaniah lain seperti grafik.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Mempelajari asas kepada MS Office dan apps grafik serta keperluan lain.
  • Mempelajari cara-cara untuk meningkatkan potensi diri seperti membuat resume.
  • Mempelajari dan mencari sumber bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan.
  • Menggunakan beberapa laman gov dan pelbagai lagi.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • NADI membantu mempelajari cara penggunaan komputer dan segala platform yang ada dengan betul.
  • Memberi kelas insentif dengan pengisian dan kemahiran yang sesuai tahap pemahaman.
  • Mampu melayari website dan menggunakan platform online sendiri termasuk memanfaatkan input dan kemahiran Klik Dengan Bijak.