mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1/2024 : CELIK IT I

Nama: Muhd Zikry Bin Zubir
Umur: 22 Tahun
Ahli: 2014

Latar belakang

Zikry merupakan salah seorang Ahli berdaftar di NADI pada usianya masih di sekolah. Beliau kini sudah menghabiskan persekolahan dan sedang menyambung pelajaran di peringkat IPT. Zikry akan selalu datang ke NADI untuk membuat sebarang tugasan yang perlu disiapkan dan selalu bersama rakan lain untuk menyertai program yang dianjurkan oleh NADI ketika ada ruang dan masa.

Kemahiran dan pelbagai perisian yang ada dalam komputer sudah mampu digunakan dengan baik oleh Zikry. Beliau juga telah mengikuti pelbagai kelas termasuk kelas asas grafik dan asas Microsoft Office. Selain itu menggunakan NADI sebagai tempat rujukan untuk menyiapkan pelbagai tugasan.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Mempelajari asas kepada MS Office dan apps grafik serta keperluan lain.
  • Mempelajari cara-cara untuk melayari laman web untuk pelbagai guna.
  • Mempelajari dan mencari sumber bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan.
  • Menggunakan beberapa laman gov dan pelbagai lagi.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • NADI membantu mempelajari cara penggunaan komputer dan web yang betul.
  • Mampu melayari website dan menggunakan platform online sendiri termasuk memanfaatkan media sosial.
  • Memberi kelas insentif dengan pengisian dan kemahiran yang sesuai dengan tahap pemahaman.