Hospital dan Klinik Kesihatan Bandar Gua Musang

Hospital Gua Musang ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Hospital ini tergolong dalam kategori Hospital Tanpa Pakar dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Hospital Kluster Kelantan Selatan bersama Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Hospital Gua Musang dibina pada tahun 1986 dan mula beroperasi dengan kapasiti 34 katil pada 1 April 1987. Ia kemudian dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada 20 April 1987.
Seiring dengan keperluan kesihatan yang meningkat, pembinaan bangunan tambahan dan blok baharu dimulakan pada tahun 2007, dan mula beroperasi pada 1 April 2011. Dengan penambahan ini, kapasiti katil di Hospital Gua Musang kini meningkat kepada 90 katil, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.
Kedudukan
Hospital Gua Musang ini terletak kira-kira 2 km daripada Taman Kesedar Jaya. Waktu rawatan di Hospital Gua Musang adalah 24 jam.
Alamat: Hospital Gua Musang, Bandar Baru, 18300 Gua Musang, Kelantan Google Maps
Talian kecemasan: 09-9121133
Klinik Kesihatan & Pergigian Bandar Gua Musang

Klinik Kesihatan & Pergigian Gua Musang terletak dalam sebuah bangunan yang sama, di mana bahagian kesihatan terletak di tingkat bawah manakala bahagian pergigian berada di tingkat atas. Klinik ini bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Gua Musang, menjadikannya mudah diakses oleh penduduk dan pengunjung. Sebagai klinik kesihatan awam utama di daerah ini, ia menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan dan pergigian bagi memastikan kesejahteraan komuniti setempat.
Klinik ini terletak kira-kira 4 km daripada Taman Kesedar Jaya.
Waktu rawatan
Ahad – Khamis.
8.00 pagi – 4.00 petang
No. Tel : 09-9121171 (Kesihatan), 09-912 1267 (Pergigian)
