mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2026

Bazar Raya NADI 2026

TARIKH: 14 MAC 2026
MASA: 8.00 am – 3.00 pm
LOKASI: NADI Taman Kesedar Jaya
PESERTA: < 20 orang
KELAS: Special Programme

Tujuan

Menyokong usahawan tempatan menjana pendapatan, di samping memeriahkan suasana Ramadan serta mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti jualan dan kunjungan orang ramai.

Aktiviti

  1. Jualan Produk Usahawan
    Memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual pelbagai produk seperti makanan, minuman dan barangan keperluan sempena Ramadan.
  2. Webinar NADIPRENEUR & EMPOWERHER – “Jenama Kuat, Pelanggan Melekat”
    Perkongsian ilmu berkaitan strategi membina jenama yang kukuh serta teknik menarik dan mengekalkan pelanggan dalam perniagaan.
  3. Webinar Kidsventure – “Berniaga dan Berjaya”
    Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas keusahawanan, termasuk idea perniagaan dan nilai kreativiti dalam menjana pendapatan.
  4. Kaunter Bayaran Zakat Fitrah
    Menyediakan kemudahan kepada komuniti untuk menunaikan kewajipan zakat fitrah dengan lebih mudah dan teratur.
  5. Saringan Kesihatan Percuma
    Memberikan pemeriksaan asas kesihatan seperti tekanan darah dan tahap gula bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan.
  6. Kuiz Ramadan & Raya Kanak-kanak
    Aktiviti interaktif yang menguji pengetahuan kanak-kanak berkaitan Ramadan dan Syawal, di samping menceriakan suasana dengan hadiah menarik.

Gambar Aktiviti Disini