Tiny Techies SK: Kelas Ulangkaji Siri 2 – Micro:bit & Robotik
| TARIKH | : 7 FEBRUARI 2026 |
| MASA | : 2.00 pm – 3.00 pm |
| LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
| PESERTA | : 3 orang |
| KELAS | : NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat – Tiny Techies |
Tujuan
Membantu murid sekolah rendah mengukuhkan kefahaman asas pengaturcaraan dan robotik melalui penggunaan Micro:bit. Sesi ulangkaji ini memberi penekanan kepada pembinaan atur cara mudah, pemahaman fungsi asas komponen serta meningkatkan kemahiran berfikir secara logik dan kreatif dalam menghasilkan projek teknologi yang interaktif.
Aktiviti
Penerangan dan ulangkaji konsep asas pengaturcaraan Micro:bit melalui slaid dan perkongsian skrin, demonstrasi langsung cara membina atur cara menggunakan platform coding, latihan amali secara kendiri dengan bimbingan guru, kuiz interaktif bagi menguji kefahaman murid, serta sesi soal jawab untuk membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan projek Micro:bit dan robotik di rumah.
