Kelas 1 Mahir Jahit Minggu 12
| TARIKH | : 6 OKTOBER 2025 |
| MASA | : 9.30 am – 11.00 am |
| LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
| PESERTA | : 3 orang |
| KELAS | : NADI Pembelajaran Sepanjang Hayat |
Tujuan
Minggu ini memberi tumpuan kepada latihan praktikal menjahit baju kurung pesak termasuk penyediaan bahan, teknik potongan dan jahitan piping.
Aktiviti
Pengenalan Minggu 12 – Penerangan tentang topik pembelajaran iaitu Menjahit Kurung Pesak.
Penyediaan Alatan dan Bahan – Peserta dimaklumkan bahawa semua peralatan jahitan disediakan oleh NADI kecuali fabrik, butang dan benang.
Pembelajaran Teori – Nota tambahan mengenai cara memotong lapik dan piping (ukuran, panjang, lebar serta bentuk potongan).
Amali Jahitan – Demonstrasi dan latihan praktikal menjahit baju kurung pesak.
