Webinar KIS: Berani Bertindak – Bersama Menangani Buli Siber
| TARIKH | : 16 OGOS 2025 |
| MASA | : 3.00 pm – 4.00 pm |
| LOKASI | : NADI Taman Kesedar Jaya |
| PESERTA | : 6 orang |
| KELAS | : NADI Kesedaran |
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli siber, memberi panduan cara menangani serta mencegahnya, dan menggalakkan kerjasama semua pihak dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan positif.
Aktiviti
Dilaksanakan melalui sesi perkongsian ilmu oleh penceramah berpengalaman yang membincangkan isu, kesan serta langkah pencegahan buli siber. Peserta turut didedahkan dengan kaedah melaporkan insiden, strategi melindungi diri di alam maya, serta peranan komuniti dalam menyokong mangsa. Sesi soal jawab interaktif turut diadakan bagi memberi peluang peserta bertukar pandangan dan mendapatkan penjelasan lanjut.
