mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

kad-raya1

MAKLUMAN KELAS KOMPUTER ANJURAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA GUA MUSANG

Tarikh : 22 oktober 2016 (Sabtu)

Tempat : Masjid Tengku Faiz Petra, Gua Musang

Masa : 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari

 

SALAM AIDILFITRI

 

Assalamualaikum w.b.t.

Kami dari warga Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal tiba tidak lama lagi kepada semua penduduk dan komuniti Taman Kesedar Jaya yang beragama Islam. Kepada perantau pula selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Kami di sini ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.

 

Dengan ingatan tulus ikhlas dari Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya

 

SELAMAT BERPUASA 

Assalamualaikum w.b.t

Kami dari warga Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Selamat menunaikan solat terawih.

blogger-image-30831352

 

SEMAKAN PERMOHONAN UPU ONLINE

Assalamualaikum & selamat pagi

Makluman khususnya kpd belia lepasan SPM yang tengah tunggu keputusan kemasukan UPU, POLITEKNIK dan lain-lain institusi pengajian tinggi

Berikut adalah kaedah bagaimana untuk membuat semakan status permohonan anda di laman web UPU (bagi yang membuat permohonan kemasukan UPU sahaja). Kalau hendak buat semakan online, boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia  Taman Kesedarjaya.

Semoga ianya bermanfaat untuk kebaikan bersama.
.

 
 
Kementerian Pendidikan Tinggi's photo.
Kementerian Pendidikan Tinggi

PERHATIAN ; SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE KE UNIVERSITI AWAM/POLITEKNIK PREMIER BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2016/2017 DAN SURAT TAWARAN

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my

KPT Soaring Upwards !!!

Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

‪#‎SoaringUpwards‬
‪#‎MOHE‬
‪#‎KPT‬
‪#‎UPU‬

 

CERAMAH AGAMA SEMPENA ISRAJ & MIKRAJ

Assalamualaikum…

Satu ceramah keagamaan sempena sambutan Israj & Mikraj yang bakal diadakan seperti berikut:

Tempat: Masjid Nur Iman (Taman Damar)

Tarikh  : 07 Mei 2016

Masa   : 8.00 Malam (Selepas Solat magrib)

Penceramah: Ustaz Mokhtar

Diharap semua penduduk Taman Damar dan Taman Kesedar Jaya dapat datang mendengar ceramah keagamaan tersebut.

Sekian, terima kasih. 

 

MAKLUMAN KADAR CAS PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DI

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA TAMAN KESEDAR JAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Makluman

Terdapat sedikit perubahan berkaitan Kadar cas penggunaan perkhidmatan di pusat internet 1 malaysia Taman Kesedarjaya berkuatkuasa esok, 1 April 2016. (Rujuk gambar)

Walaubagaimanapun..kadar cas penggunaan internet masih kekal sama iaitu Rm1.00 sejam (ahli) & Rm 2.00 sejam (bukan ahli).

Sekian, harap maklum.

 
Pusat Internet 1 Malaysia Kesedar Jaya's photo.

 

 

KOLEKSI BANK SOALAN PT3 SEMUA MATA PELAJARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit perkongsian ilmu khas kepada calon PT3..Anda boleh memuat naik koleksi bank soalan PT3 pada link yg di kongsi di bawah sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan PT3 nanti.

Semoga ianya bermanfaat kepad semua.

 

CONTOH SILIBUS ATAU SOALAN ULANGKAJI PELAJARAN

 

Assalamualaikum

Makluman

Kepada adik-adik yang berusia 7 hingga 11 tahun (Tahun 1 Hingga Tahun 5) yang masih tercari-cari contoh silibus atau soalan ulangkaji pelajaran sekolah anda boleh ke laman web tertera di bawah untuk mencari soalan-soalan peperiksaan bagi membantu adik-adik menghadapi peperiksaan bulanan & akhir tahun nanti..

Untuk bantuan memuat turun soalan, boleh lah datang ke;
Pusat Internet 1 Malaysia Taman KesedarJaya
(Berdekatan KESEDAR DAGANG).

Dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang 
(tutup pada cuti umum)

**PERCUMA 30 minit penggunaan komputer setiap hari**

http://www.sistemguruonline.my/…/himpunan-soalan-akhir-tahu…

 

Himpunan Soalan Akhir Tahun Bagi Darjah 1, 2, 3, 4, dan 5 KSSR

 

 

PINJAMAN NETBOOK 1MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, 

Kepada Semua Ahli PI1M yang berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia Taman KesedarJaya, anda boleh membuat Pinjaman Netbook 1 Malaysia.

Peminjaman ini hanya boleh dipinjam oleh AHLI Pusat Internet 1Malaysia sahaja jadi bagi sesiapa yang belum menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia berminat untuk meminjam Netbook bolehlah menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia.

Sebarang pertanyaan bolehlah terus kepada kami di Pusat Internet 1Malaysia Taman KesedarJaya.

Sekian, Terima kasih. 

Pusat Internet 1 Malaysia Kesedar Jaya's photo.

 

PROGRAM SMART SOLAT 2016

Assalamualaikum w.b.t…

Satu program smart solat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 09 Januari 2016

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Masjid Nur Iman, Taman Damar Kesedar Jaya

Program ini terbuka untuk dewasa dan kanak-kanak

p/s: SEMUA DIJEMPUT HADIR

 

 PERTANDINGAN PENCIPTAAN LOGO DAN NAMA BARU BAGI

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Untuk makluman komuniti, pihak MCMC akan melaksanakan Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama Baru Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) bagi tujuan penjenamaan semula Pusat Internet 1Malaysia di seluruh Negara.
 

OBJEKTIF

 

Objektif penjenamaan semula ini adalah :

a)     Menambahbaik imej Pusat Internet 1Malaysia sedia ada

b)     Menonjolkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan sebagai agen transformasi kearah komuniti pintar

 

SYARAT PERTANDINGAN

 

a)     Terbuka kepada semua ahli Pusat Internet 1Malaysia dari seluruh Negara (termasuk Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia).

b)     Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan.

c)      Semua hasil mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara. Pihak panel penilai dan MCMC berhak untuk menolak penyertaan tersebut sekiranya didapati tidak asli.

d)     Semua logo dan nama yang diterima oleh Urusetia bagi Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama Baru Pusat Internet 1Malaysia akan menjadi hakmilik MCMC dan tidak akan dikembalikan. MCMC berhak ke atas logo dan nama yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk dijenamakan, digunakan, dipamerkan ataupun dicetak pada sebarang promosi media mahupun mana-mana acara atau majlis rasmi MCMC.

e)     Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Januari 2016.

f)       Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada Pengurus/ Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia kawasan anda didaftarkan atau yang terdekat.

** Maklumat lanjut berkaitan Syarat Pertandingan, Spesifikasi Reka Bentuk Logo dan Nama adalah seperti yang dilampirkan.

 

TEMPOH MASA PERTANDINGAN

Tempoh masa bagi pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh

Perkara

23 Disember 2015 –  8 Januari 2016

Tempoh pertandingan

8 Januari 2016

Semua penyertaan perlu dihantar kepada Pengurus/ Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia

11 Januari 2016

Pengurus/ Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia perlu menghantar kesemua penyertaan yang dikumpulkan kepada Urusetia (noor.hidayah@cmc.gov.my )

 

TATACARA PENGHANTARAN PENYERTAAN

 

a)     Setiap penyertaan perlu dihantar melalui Pusat Internet 1Malaysia, kepada Pengurus/ Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia tidak lewat dari tarikh tutup yang ditetapkan.

b)     Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh Urusetia. Maklumat pada borang tersebut perlulah ditaip dan dihantar dalam bentuk PDF.

c)      Pengurus/ Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia perlu mengumpulkan kesemua penyertaan yang diterima dan dihantar melaluidropboxwww.dropbox.com/ kepada emel Urusetia noor.hidayah@cmc.gov.my

d)     Setiap penyertaan perlu disimpan didalam satu folder dengan nama peserta dan nama Pusat Internet 1Malaysia.

Contoh : folder ‘Nurasmah_PI1M Putrajaya P9’

Penyertaan perlu disertakan dengan :

i)                   Imej logo dalam format JPEG (sila save dengan tajuk : LOGO_nama peserta_nama PI1M)

ii)                 Spesifikasi logo dan nama dalam format PDF (sila save dengan tajuk : SPESIFIKASI_nama peserta_nama PI1M)

iii)               Borang pertandingan dalam format PDF (sila save dengan tajuk BORANG_nama peserta_nama PI1M)

Contoh : LOGO_ Nurasmah _PI1M Putrajaya P9

                  SPESIFIKASI_ Nurasmah _PI1M Putrajaya P9

                  BORANG_ Nurasmah _PI1M Putrajaya P9

HADIAH

 

Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima :

 

Tempat Pertama:

Hadiah bernilai RM3000.00 & Sijil Penyertaan

 

Tempat Kedua:

Hadiah bernilai RM2000.00 & Sijil Penyertaan

 

Tempat Ketiga:

Hadiah bernilai RM2000.00 & Sijil Penyertaan

 

Tempat Keempat:

Hadiah bernilai RM700.00 & Sijil Penyertaan

 

Tempat Kelima:

Hadiah bernilai RM500.00 & Sijil Penyertaan

 

Saguhati:

5 hadiah saguhati bernilai RM300.00 setiap satu & Sijil Penyertaan

 

Semua pemilihan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.

Untuk makluman, pemenang bagi pertandingan ini akan dimaklumkan melalui telefon atau surat atau emel.

 

Kami bagi pihak Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedar Jaya sangat berbesar hati mengalu-alukan semua komuniti untuk masuk pertandingan tersebut.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

PROGRAM SMART SOLAT

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Cuti Persekolahan ini, Pusat Internet 1Malaysia Taman Kesedarjaya mengalu-alukan penyertaan adik-adik ke Program SMART SOLAT Anjuran Pejabat Agama Islam G.Musang dan RELA.

Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta berkenaan Cara Solat dengan betul mengikut syariat yang ditetapkan dan dikelola oleh Tuan Khadi Gua Musang.

Makan minum disediakan dan penyertaan adalah terhad untuk 30 orang sahaja.

Segala maklumat mengenai Program boleh dirujuk pada iklan yang tertera.

 
Pusat Internet 1 Malaysia Kesedar Jaya's photo.

 

 

Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadang kala juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

 

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
  7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

  1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR  – DI DALAM KENDERAAN

  1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

  1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

  1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  6. Jangan minum air banjir.

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

SELEPAS BANJIR

  1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

  1. Pakai kasut.
  2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

  1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)