mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4/2024 : CELIK IT II

Nama: Muhammad Afsar Bin Rizalman
Umur: 16 Tahun
Ahli: 2019

Latar belakang

Afsar merupakan salah seorang Ahli NADI yang berdaftar pada tahun 2019 dari salah satu program NADI. Dia mula datang ke NADI pada musim PKP atau Covid 19 melanda negara. Dia terpaksa melakukan tugasan sekolah secara atas talian. NADI adalah tempat yang tepat dan sesuai bagi beliau.

Kemahiran dan pelbagai perisian yang ada dalam komputer sudah mampu digunakan dengan baik oleh Afsar. Beliau juga telah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti di NADI termasuk dengan aktiviti berkaitan STEM – IOT. Dia bersama rakan-rakan terus menjadikan NADI sebagai stop center untuk pelbagai rujukan hingga kini.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Mempelajari asas kemahiran menggunakan komputer.
  • Mempelajari pembelajaran subjek akademik melalui e-learning dan games.
  • Mengikuti pelbagai acara dan kuiz yang bermanfaat.
  • Menggunakan beberapa perisian dan web based application.

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • NADI membantu mempelajari cara penggunaan komputer dan segala platform yang ada dengan betul.
  • Memberi kelas insentif dengan pengisian dan kemahiran yang sesuai dengan tahap pemahaman.
  • Mampu melayari dan menggunakan pelbagai perisian yang baik dalam membantu menyiapkan kerja sekolah dan lain-lain tugasan.