USAHAWAN - Rohaiza Binti Othman
Nama | : Rohaiza Binti Othman |
Umur | : 51 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Pada mulanya Puan Haiza tidak menjadi ahli NADI, tetapi beliau sudah mula menyertai beberapa siri kelas usahawan yang dianjurkan oleh NADI dengan matlamat menambahkan pengetahuan. Seterusnya beliau turut berkenalan dengan beberapa orang rakan yang turut menjadi usahawan dibawah pemantauan NADI.
Dengan perkembangan dan pertambahan tugasan dalam perniagaan beliau mula mendapatkan pandangan daripada NADI terutamanya semasa meyertai program NADI bersama agensi lain seperti MARA.
Disebabkan memerlukan beliau terpaksa masuk kepada pemasaran digital, beliau mula bersama NADI untuk mendapatkan bimbingan dan berterusan sehingga kini tahun 2024 dan menjadi Ahli NADI serta menjadi penyumbang kepada program bersama NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mendapatkan bimbingan dan pengetahuan dalam menggunakan pemasaran serta menggunakan pelbagai kaedah pemasaran pendapatan beliau dalam lingkungan RM 1000 – RM 1500 sebulan hasil penjualan kerepek tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas bersama dengan NADI dan menyertai beberapa siri bimbingan pemasaran dan strategi menguruskan perniagaan Puan Haiza mula mempelbagaikan medium pemasaran produknya. Dengan bantuan NADI beliau dapat meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan kepada RM 2000 – RM 3000.

