USAHAWAN - NORMA ZURAINI BINTI CHE MAT
Nama | : Norma Zuraini Binti Che Mat |
Umur | : 42 Tahun |
Ahli | : 2023 |
Latar belakang
Pn Zuraini merupakan seorang surirumah pada asalnya yang berminat menjalankan perniagaan bagi mendapatkan pendapatan tambahan dalam membantu keluarga. Peringkat permulaan Pn Zuraini membuka perniagaan berasaskan makanan dan minuman dengan membuka khemah jualan. Beliau membuka khemah jualan di Kawasan berhampiran sekolah dan tapak-tapak event. Selepas era covid Pn Zuraini mula berjinak dengan jualan produk berasaskan kosmetik.
Apabila perniagaannya terus mendapat rentak dan mula mendapat permintaan beliau sudah mula memberanikan diri untuk kedepankan diri ke media social dengan membuat iklan dan hantaran yang berkaitan perniagaanya.
Selepas berjalan dengan perniagaannya, Pn Zuraini terus belajar dan mendalami ilmu berkaitan pemasaran digital. Beliau juga pernah Bersama dalam beberapa sini kursus dan program jualan yang dianjurkan oleh NADi dalam menjalankan pemasaran secara offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mendapatkan bimbingan daripada NADI beliau banyak menggunakan platform offline dengan menyantuni rakan dan keluarga sahaja. Matlamat awal menceburi perniagaan adalah untuk cuba belajar berniaga dan mencari tapak dalam niche tersebut. Anggaran jualan beliau dalam RM 100 – RM 500 sebulan pada permulaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas bersama dengan NADI beliau telah mampu menggunakan media social dan pelbagai platform lain untuk mengembangkan perniagaan. Beliau turut ke NADI untuk belajar pelbagai keperluan ICT lain serta penggunaan komputer bagi membantu menguruskan perniagaan beliau. Anggaran pendapatan yang dikhabarkan selepas bersama NADI RM 1000- RM1500 dan keatas bergantung kepada masa dan musim.


